Friday 22 March 2013

SESUATU TENTANG CINTA


Aku bermula dengan kalimah cinta buat bangsaku, agamaku dan negara ku!

2. Bangsaku adalah Melayu dan setakat yang ku tahu, ia tergabung dari etnik bugis, acheh, kedah, banjar, minang dan berkemungkinan mandailing dan rawa.


3. Bangsa atau ras yang membuat aku timbul di sini. Hakikat sebuah keturunan adalah bangsa meskipun pada dasarnya Adam dan Hawa yang menjadi pencetus bangsa melalui titisan nutfah dan lendir2 yang menuruti.

4. Agama ku, Islam datang kedua untuk menghiasi organ2 bangsa yang terwujud; hati, minda, iqtiqad, aqidah, kepasrahan, takdir, ketentuan, hidup dan mati, redha dengan ketentuan Ilahi dan semoga Allah juga meredhai hidup dan matiku -- duniawi dan ukhrawi.

5. Cintaku buat Allah yang maha Pencipta dengan ar Rahman, Ar Rahim, Ar Rasyid, As Sabuur serta bangsaku, agamaku dan negaraku.

Sign-off dengan hakikat kalimah CINTA
rashidali - revisited 22032013@1855hours

No comments:

Post a Comment