Friday 29 March 2013

KONSEP NEGARA TAMAN - Kampong Dalam Taman & Taman Dalam Kampong

Konsep negara taman telah diwar2kan oleh Jabatan Lanskap Negara, manakala konsep Malaysia Green and Clean telah dimajukan oleh Kementerian Pelancongan.

Dua kementerian berbeza kerana JLN adalah agensi di bawah KPKT. Mungkin satu jawatankuasa pemandu atau "steering committee" telahpun ditubuhkan bagi memastikan segala objektif dapat dicapai. Rasanya bukan setakat itu saja; agensi2 di bawah MoA, Sumber Asli, MOSTI dan pihak PBT juga dapat memainkan peranan yang lebih berkesan.

Negara Taman bukan hanya setakat KLCC, Putrajaya dan lain2 bandar besar. Bila bercakap mengenai negara maju menjelang 2020 ia harus meliputi seluruh inci tanahair termasuk lubuk2 kampung terpencil. Ianya juga bukan hanya berkata2 mengenai infrastruktur; kerana infrastruktur sahaja tidak membawa apa2 makna jika tiada pemerkasaan nilai2 murni dan pembudayaan semula tentang keindahan di mana2 sepertimana yang wujud di negara2 yang telah maju.

Tugas2 tersebut tidak seharusnya dibebankan kepada pemerintah sahaja tetapi partipasi setiap individu; bottom-up untuk membetulkan keadaan, merasa malu jika sekira kawasan kediaman tidak indah, malu dengan sikap bermalas-malasan dan berdolak-dalik serta menuding jari. Ciri2 masa lalu seperti budaya gotong-royong harus dihidupkan semula manakala idea transformasi boleh di-outsourcekan kepada pakar lanskap. Laluan air mesti juga bersih, setiap longkang dan parit harus dibersihkan secara berkala; sampah-sarap yang menyekat laluan harus diubah ke kawasan yang bersesuaian.

Siapa yang boleh membantu menjadi agen dan katalis bagi memastikan ramai yang tahu apa yang berlaku di mana2 seluruh negara. Ermmm....my1@groTV dan my1@groFM.

Cukup takat di sini dulu...need to sign-off
rashidali 29032013@2149hours

No comments:

Post a Comment